Hari ni hari raya ke-9 sudah..Cepatnye mase berlalu. Bagi
aku raye tahun ni tiado apo yg spesel sgt except for all my beloved people are
still by my side, celebrating eid together. Rasenye belom terlambat aku nak
ucap
Nah gambar raye of the
year
Ni pert yang lukiskan,,tp aku edit sebab dia lukis muka aku cam makcik.
Yang mcm artis kat hujung tu ofkos la aku. (muntah darah)
Tahun ni rase banyak
buat dosa. Tak terhitung dengan 10 jari kalau nak susun 10 jari pon. Kalau
boleh tumbuh lagi sepuluh jari mungkin cukup kot. Ade tak sape2 nak formulate
enzim ke co-enzime ke yang macam dlm citer batman jadi cicak gergasi. Tapi xnak
jadi cicak nnti berak merate kena lastik ngan tuan rumah. Nak yg bleh tumbuh
jari lg 10 puntun. Ngeh3. Ok lah xnak merapu sebab hati tengah parah bagai
dipenyek2 lori siput 13 tan bancuh simen nak buat flooring kat construction
site VW. Tapi project delay je manjang walaupun lori siput tu bekerja sedaya
upaya. Dah name pon siput mesti la lembap ddowwhh~ (duckface plz)
Post hari ni memang
psal menatang sebab tu ade siput ade cicak ade itik ade bakuteh. Eh xdela ni
kan post pasal dream, xbace tajuk eyyhh??
Em..aku ni walaupun
makan byk badan besar tp otak kecik je. Benda real aku nak dongengkan dia.
Benda dongeng aku nak realkan. Mane boleh dowhh(duck duck). Aku igt aku
Rapunzel rambut blonde mate cokelat muka panjang tapi rupenye aku Rapunjauh
(rabun jauh) je. Aku manusia laa. Aku tengah berpijak kat permukaan Bumi skang ni
tp masih lg nak dongeng2 kan cite. Ini hidup la Rapunjauh. Dan hidup bukanlah
mimpi.
Kerana tekad yang
berkepentingan sendiri aku menyakiti banyak hati. Kerana membesar2 kan mimpi
yang aku nak dongengkan tu aku mengheret insan kamil kedalam dunia gelap aku.
Tp lepas aku tersedar yg dunia aku mmg dah terlalu gelap utk diterangi mane2
lampu kalimantang mahupun teknologi LED yang jimat elektrik, maka aku putuskan
utk menganggap bahawa mimpi itu hanyalah sekadar mimpi. Di saat hati belum mahu
melepaskan, aku tekad sekali lg utk berlalu pergi je dr sume yg dongeng2 ni.
Walaupun ade kesal tp sekurang2nye ia tidak berkepentingan sendiri. Ianya
adalah utk semua yg berkepentingan macam motto HICOM Automotive. Yang pasti
tekad kali ni adalah yg terbaik. Tekad yg tidak menyakiti sesiapa kecuali aku.
Sebab bg aku, xperlu
aku meninggalkan sesuatu yang aku pertahankan dengan nyawa aku sendiri utk
sesuatu yg x pasti walaupun pada pertimbangan warasnye sesuatu yg xpasti tu
jauh lebih baik. Walaupun baik ianya tetap x pasti. Ulang lagi dan lagi. Kona
dan kona ia tetap x pasti. (sudahlah ulangnye)
Jadi sehingga aku
diseru, aku judi kan ajelah hidup aku yg sudah sedia dijudikan ini. Kalau aku
hit the jackpot, aku bahagia. Kalau aku hit the septic tank, aku bau taik lah
and that’s because I deserve it.
Cuma utk waktu2 yang
aku dah rosakkan, aku mohon Tuhan mendengar. Ambil lah seberapa banyak
kegembiraan aku utk membaiki semuanya. Ambillah kegembiraan aku dan lindugilah
hati dia. Asalkan dia tidak terluka, ambillah sebanyak mana.
Salam.
Download lagu Pendam
kat sini.
No comments:
Post a Comment