Tuesday, September 11, 2012

::Aku Kau dan Dia::

Salam Hari Malaysia.
 
Korang penah tengok citer ni? Aku Kau dan Dia? Xpenah? Aku tengok 10x atau lebih. Sebab aku beli kat Astro First milik Norita Ibrahim housemate aku dan aku xbayar pon kat dia RM 15.00. (Maaf kakkokk). Sampai aku hafal Harun Salim Bachik nak cakap ape. Remy Ishak ngan Pekin Ibrahim toksah kate la memang hensem aku ignore je dia cakap ape sebab tgh concentrate xnak bagi kelip mate walau 1 saat.
 
Tapi bukan pasal citer ni pon nak gtau. Aku skang sedang passing thru really hard time untuk kesekian kalinye. Aku tahu aku memang bodoh soal2 cinta ni. (ade testimonial dari rakan2 siap). Aku mungkin dungu dan bengap. Aku juga mungkin mempunyai soul yang portable. Xpaham ke? Xpela aku xyah explain.
 
Aku mengalami kekangan dalam mengarang blogpost ini sebab opismate yang tinggal waktu2 sekarang adelah geng2 loudspeaker.
 
Namun ku gagahi jua penulisan ini dengan getaran di buku lima seolah2 bakal terlepas ke muka sesiapa sahaja yang melintasi aku sekarang. Tak diam-diam lagi tuuu. Korang bayangkan opis yang tertutup pastu ade suara sebanyak 40dB. Tu baru cakap. Kalu dia marah? 120dB aku rase.
 
Abaikan lah. Aku pasang lagu Pelangi Senja by Stacy dan aku karang blogpost ini.
 
Aku rasa macam x berpijak di bumi nyata. Aku rasa aku sedang tido je. Everything happens teramat pantas. Sekelip mata sumenye berubah. Aku pun hilang daya analisis untuk men'digest' semua perlakuan aku beberapa bulan kebelakangan ini. Dan aku biarkan je sume berlaku. Aku malas nak pikir panjang. Mungkin otak aku sedang mengecil akibat proses penuaan. Entahlah aku xtahu what stage of life I'm passing thru now.

Marilah bergerak ke hadapan. Tiada sape yang akan stop and grab kau bile kau dah terlalu lambat menunggu orang yang sedang berlari. Paham tak? Entah aku pon xpaham ape aku cakap. Aku. Sedang berdiri menunggu Kau. Kau sedang berlari mengejar impian kau. Dan Dia. Menolak aku ke hadapan supaya aku tidak lupa yang aku pun manusia. Bukan kambing. Bukan cicak. Bukan unta. Bukan Statue of Liberty.

Kau dan Dia. Aku ucapkan bebanyak terima kasih utk semua yang aku kecapi sekarang dan pernah aku kecapi. Tuhan kurniakan aku ingatan yang lemah, sebab Dia tahu aku xbyk masa silam yang baik utk diingati. Tuhan xkurniakan analytical skill yang bagus utk aku, sebab aku bukan decision maker yg baik, utk hidup aku sendiri.
 
Bila aku mula bertatih nanti, aku akan belajar utk memohon maaf utk semua yang aku sakiti di masa dungu aku, dan belajar utk hidup sendiri.
 
Salam.