Tuesday, October 30, 2012

T.I.G.A

Lagu Tema Untuk Kali ke-3

Bagaimana cara membuat mu bahagia
Nyaris ku menyerah jalani semua
Tlah berbagai kata ku ungkap percuma
Agar kau percaya cintaku berharga

Tak kuat ku menahan mu
Mempertahankan cintaku
Namun kau begitu saja
Tak pernah merindu

Sungguh aku tak bisa
Sampai kapanku tak bisa
Membenci dirimu
Sesungguhnya aku tak mampu

Sulit untuk ku bisa
Sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala
Cinta dan benci yang ku rasa

Apa kau mengerti ku sedih sendiri
Tanpa ada kamu ku merasa sepi

Tlah lama ku menanti mu
Diam sendiri menunggu
Setengah hati mencinta
Ku sakit kerna mu~

Ku sakit kerna mu~ oh oh!

Selingan: Selamat Bertunang kawan. Bahagia untuk mu selamanya.

Tuesday, September 11, 2012

::Aku Kau dan Dia::

Salam Hari Malaysia.
 
Korang penah tengok citer ni? Aku Kau dan Dia? Xpenah? Aku tengok 10x atau lebih. Sebab aku beli kat Astro First milik Norita Ibrahim housemate aku dan aku xbayar pon kat dia RM 15.00. (Maaf kakkokk). Sampai aku hafal Harun Salim Bachik nak cakap ape. Remy Ishak ngan Pekin Ibrahim toksah kate la memang hensem aku ignore je dia cakap ape sebab tgh concentrate xnak bagi kelip mate walau 1 saat.
 
Tapi bukan pasal citer ni pon nak gtau. Aku skang sedang passing thru really hard time untuk kesekian kalinye. Aku tahu aku memang bodoh soal2 cinta ni. (ade testimonial dari rakan2 siap). Aku mungkin dungu dan bengap. Aku juga mungkin mempunyai soul yang portable. Xpaham ke? Xpela aku xyah explain.
 
Aku mengalami kekangan dalam mengarang blogpost ini sebab opismate yang tinggal waktu2 sekarang adelah geng2 loudspeaker.
 
Namun ku gagahi jua penulisan ini dengan getaran di buku lima seolah2 bakal terlepas ke muka sesiapa sahaja yang melintasi aku sekarang. Tak diam-diam lagi tuuu. Korang bayangkan opis yang tertutup pastu ade suara sebanyak 40dB. Tu baru cakap. Kalu dia marah? 120dB aku rase.
 
Abaikan lah. Aku pasang lagu Pelangi Senja by Stacy dan aku karang blogpost ini.
 
Aku rasa macam x berpijak di bumi nyata. Aku rasa aku sedang tido je. Everything happens teramat pantas. Sekelip mata sumenye berubah. Aku pun hilang daya analisis untuk men'digest' semua perlakuan aku beberapa bulan kebelakangan ini. Dan aku biarkan je sume berlaku. Aku malas nak pikir panjang. Mungkin otak aku sedang mengecil akibat proses penuaan. Entahlah aku xtahu what stage of life I'm passing thru now.

Marilah bergerak ke hadapan. Tiada sape yang akan stop and grab kau bile kau dah terlalu lambat menunggu orang yang sedang berlari. Paham tak? Entah aku pon xpaham ape aku cakap. Aku. Sedang berdiri menunggu Kau. Kau sedang berlari mengejar impian kau. Dan Dia. Menolak aku ke hadapan supaya aku tidak lupa yang aku pun manusia. Bukan kambing. Bukan cicak. Bukan unta. Bukan Statue of Liberty.

Kau dan Dia. Aku ucapkan bebanyak terima kasih utk semua yang aku kecapi sekarang dan pernah aku kecapi. Tuhan kurniakan aku ingatan yang lemah, sebab Dia tahu aku xbyk masa silam yang baik utk diingati. Tuhan xkurniakan analytical skill yang bagus utk aku, sebab aku bukan decision maker yg baik, utk hidup aku sendiri.
 
Bila aku mula bertatih nanti, aku akan belajar utk memohon maaf utk semua yang aku sakiti di masa dungu aku, dan belajar utk hidup sendiri.
 
Salam.

Wednesday, August 29, 2012

::workaholics VS workahotak dia::

Assalamualaikum dan Salam Lebaran

Masih dalam mood beraye tapi blogpost title macam maroh bebenor. GRRRR.

"Memmmeee ahh" memmeeyy kawe tgh maroh. Kawe maroh sebab demo wat x reti baso. Bilo kawe maroh kawe kecek klate mugo ore klate kea debe2 keno katok tok lut. Haa. Demo jange cari pasal nga kawe.

::Zombie Mode On::

Sevenarnye td pagi ade issue hot mase toolbox talk. Sefanjang aku keje sini ade banyak dugaan telah aku lalui yang sgt mencavar kesavaranan (kesabaran) aku. Tapi vile kekaliberan aku diperkotak-kotakkan maka aku jadi kuntilanak sedut mate org yg marah2 aku pas sedut mate sedut otak sedut darah sedut sume baru puas hati aku. Har Har Har.

::Kuntilanak Mode On::

Tapi issue kali ni memang buat aku marah sampai terkentut2 setempat selama beberapa minit sehingga En Manan aku punye assistant manager mengeluarkan serbuk api dari mulut beliau umpama naga dalam cite Merlin.

::Naga Mode On::

Aku baru je kehilangan Manager maka beban kerja semuanya bertambun di atas kepala En Manan dan staf2 beliau yang sgt workaholics ni sampai hari raye ke 3 dah ade yg masuk keje call aku pagi buta disaat aku masih di atas katil empuk bertemankan Jack si Kucing Oren. Aku sgt menghargai semangat kerja yang ditunjukkan di saat umat Islam laen masih meraikan hari kemenangan ade yang dah sanggup datang keje utk support company dan mengurangkan beban company sebanyak RM 387,312.78 an exact figure sebab aku copy from my presentation slide utk management yang xtahu langsung nak menghargai pengorbanan org.
 
::Workaholics Mode On::
 
Entah la weh. Nak cite pon xbest sebab cukup bulan masuk gaji aku amek jugak wat makan. Tapi betul aku nak cakap yang management kat cni sgt aku x berkenan. Mcm harem. Mase nak mintak tolong dia tau slow talk nak suh kite selamatkan tengkuk dia. Bile keje dah siap selambe ckp projek haram sebab documentation xde walaupun keje siap. Itu je la yg mampu cite tp bekerja dengan management bodoh+bengap+budaya menyalahkan org laen mmg sgt menyusahkan hidup dan melarakan jiwa. Gaji toksah cite la keje terjelir2 lidah mcm Rottweiler gigit org ngap ngap pon belom tentu bole make ends meet.

::Workahotaks Mode On::

Maka di pagi 12 Syawal 1433 sempena kemerdekaan esok aku x pegi taisho aku xpegi toolbox talk aku malas wat keje langsung hari ni. Aku tahu kerja memang ade halangannye tersendiri dan manusia memang x penah bersyukur. Tapi untuk sesuatu yang terlalu bodoh seperti ini rasanye tidak perlulah berlaku di dalam company yg gah ini. Aku cuba bertahan seberapa lame yg aku mampu. Tetapi contingency plan akan bermula hari ini.

Yang penting hari ni memang aku xnak keje lantak lah aku nak makan gaji buta ke ape ke yang org laen makan gaji bute ape ade kesah?

Salam.
 
 

Monday, August 27, 2012

:: A Dream That Ends As A Dream::


 
ASSALAMUALAIKUM & SALAM LEBARAN

Hari ni hari raya ke-9 sudah..Cepatnye mase berlalu. Bagi aku raye tahun ni tiado apo yg spesel sgt except for all my beloved people are still by my side, celebrating eid together. Rasenye belom terlambat aku nak ucap

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

Nah gambar raye of the year
Ni pert yang lukiskan,,tp aku edit sebab dia lukis muka aku cam makcik.

Yang mcm artis kat hujung tu ofkos la aku. (muntah darah)

Tahun ni rase banyak buat dosa. Tak terhitung dengan 10 jari kalau nak susun 10 jari pon. Kalau boleh tumbuh lagi sepuluh jari mungkin cukup kot. Ade tak sape2 nak formulate enzim ke co-enzime ke yang macam dlm citer batman jadi cicak gergasi. Tapi xnak jadi cicak nnti berak merate kena lastik ngan tuan rumah. Nak yg bleh tumbuh jari lg 10 puntun. Ngeh3. Ok lah xnak merapu sebab hati tengah parah bagai dipenyek2 lori siput 13 tan bancuh simen nak buat flooring kat construction site VW. Tapi project delay je manjang walaupun lori siput tu bekerja sedaya upaya. Dah name pon siput mesti la lembap ddowwhh~ (duckface plz)
Post hari ni memang psal menatang sebab tu ade siput ade cicak ade itik ade bakuteh. Eh xdela ni kan post pasal dream, xbace tajuk eyyhh??
Em..aku ni walaupun makan byk badan besar tp otak kecik je. Benda real aku nak dongengkan dia. Benda dongeng aku nak realkan. Mane boleh dowhh(duck duck). Aku igt aku Rapunzel rambut blonde mate cokelat muka panjang tapi rupenye aku Rapunjauh (rabun jauh) je. Aku manusia laa. Aku tengah berpijak kat permukaan Bumi skang ni tp masih lg nak dongeng2 kan cite. Ini hidup la Rapunjauh. Dan hidup bukanlah mimpi.
Kerana tekad yang berkepentingan sendiri aku menyakiti banyak hati. Kerana membesar2 kan mimpi yang aku nak dongengkan tu aku mengheret insan kamil kedalam dunia gelap aku. Tp lepas aku tersedar yg dunia aku mmg dah terlalu gelap utk diterangi mane2 lampu kalimantang mahupun teknologi LED yang jimat elektrik, maka aku putuskan utk menganggap bahawa mimpi itu hanyalah sekadar mimpi. Di saat hati belum mahu melepaskan, aku tekad sekali lg utk berlalu pergi je dr sume yg dongeng2 ni. Walaupun ade kesal tp sekurang2nye ia tidak berkepentingan sendiri. Ianya adalah utk semua yg berkepentingan macam motto HICOM Automotive. Yang pasti tekad kali ni adalah yg terbaik. Tekad yg tidak menyakiti sesiapa kecuali aku.
Sebab bg aku, xperlu aku meninggalkan sesuatu yang aku pertahankan dengan nyawa aku sendiri utk sesuatu yg x pasti walaupun pada pertimbangan warasnye sesuatu yg xpasti tu jauh lebih baik. Walaupun baik ianya tetap x pasti. Ulang lagi dan lagi. Kona dan kona ia tetap x pasti. (sudahlah ulangnye)
Jadi sehingga aku diseru, aku judi kan ajelah hidup aku yg sudah sedia dijudikan ini. Kalau aku hit the jackpot, aku bahagia. Kalau aku hit the septic tank, aku bau taik lah and that’s because I deserve it.
Cuma utk waktu2 yang aku dah rosakkan, aku mohon Tuhan mendengar. Ambil lah seberapa banyak kegembiraan aku utk membaiki semuanya. Ambillah kegembiraan aku dan lindugilah hati dia. Asalkan dia tidak terluka, ambillah sebanyak mana.
Salam.
Download lagu Pendam kat sini.

Monday, July 30, 2012

::.A Dream That Takes Me Here.::

ASSALAMUALAIKUM & SALAM RAMADHAN.
Seperti biasa lah. Lama kan x update. Egege. Da masuk bulan Ramadhan malah sudah 11 Ramadhan sudah hari ni. InsyaAllah lagi 18 hari kita raya ho yea ho yea! (puasa x semenggah raya nak lebeyy je)
Ermm..aku rase aku perlu mencatat sesuatu tentang mimpi itu. Tajuk pasal dream kan? Bukan pasal puasa kan? Kan? Kan?
19 July 2012. Aku dream of something yang felt so real. Aku rase sume org pn penah tp saje je aku nak gebang sbb that dream really takes me somewhere yg aku xpenah plan to be. Well life is about planning if you fail to plan then you fail to live. Is it? Salah laaa,, if you fail to plan, you plan to fail lah!
Okey2 dengan beralunkan lagu raya yang opismate aku pasang kat opis skang aku karangkan blog post ini. (syahdu giler)
Tapi,,orang cakap xbaik cite ape yg kita mmpi kat sume org so sori la malas cite.  Haha bese la aku mmg dungu2 camni. Tp betul,,mimpi tu sgt real. Aku xpenah berinteraksi secara formal malah aku tidak juga mengingati struktur wajah beliau tapi how come beliau boleh muncul dlm mmpi aku dan aku rely so much to a complete stranger?
So dengan wajah aneh2 aku bangun tido lantas bersiap ke tempat kerja selepas terkial kial taisho aku terus pick up budak training lalu bg training kat tempat yg paling aku benci dalam kilang ni=>>PAINTSHOP. Sebelum ni kalau boleh jumpe Fatimah Azwiah kat dalam Paintshop adalah sebuah keajaiban. Panas giler dalam paintshop bohhh. Lencun laa kulit gebu aku nih memberi training yg x bape nak efisien. Sambil2 tu aku melilau lilau mencari kelibat manusia yg berani muncul dalam mmpi aku semalam. Aku saje je amek budak training sbg alasan utk muncul di paintshop padahal aku nak reconfirm struktur manusia tersebut adakah betul itu beliau atau pun tidak supaya aku boleh tido dengan tenang di hari kemudian selepas tragedy.
Dan nasib menyebelahi aku ketika aku terpandang manusia itu lantas aku menjalankan misi pengecaman tp beliau dengan selambe nye berdiri tegak ke hadapan tanpa memusingkan badan. Yang aku nak tgk adalah belakang beliau spt dalam mmpi lalu mission failed. Pulanglah aku ke opis dengan wajah kekacang yang xbape nak puas hati lalu aku sepak cabinet fail seraya menyakitkan kaki sendiri. Eh eh nak kate bodoh mak dah bagi susu terbaek dari ladang. Selamat Hari Raya Mak!
Lalu aku terus memikirkan ape lg strategi yg memungkinkan aku berjaya dalam misi pengecaman ini. Tp boleh ke menjatuhkan maruah sendiri? Setelah berfikir panjang aku tekad utk memalukan diri sendiri dan cerita seterusnye oleh kerana malu melampau biarlah aku ngan dia je yg tahu ape aku buat sebenarnye hahaha.
Dan akhirnye. Dengan ke’tekad’an aku. Aku disini.
Sementara semuanya kembali normal, tolong luangkan masa dengan aku. Supaya di masa akan datang, tiada kesal.
Sekian.
Download la lagu Dejavu Di Kinabatangan kat sini.

Monday, January 30, 2012

:: the new phase::

Assalamualaikum.

Sebut phase je mesti nak 3-phase red-yellow-blue. Ok muqadimah electrical people yang membosankan. Mohon maaf dari hati. Wahaha ape aku merapu ni. Tapi hari ni xnak cakap pasal phase dalam electrical terms. Let's talk about life. Life aku is quite typical. Pegi tadika baling batu kat classmate sebab berebut buaian,, sekolah rendah sumbat classmate dalam tong sampah,,sekolah menengah baik sikit baling cekodok (jeput pisang) panjat koridor berpiknik atas bumbung sekolah,,then pegi matrik panjat pagar fly gi pasar (padahal tak menyalahi undang2 pon nak kuar ikut pintu matrik g pasar sebab mase tu petang lagi) and the last (maybe) formal education is masuk uni sambil melakukan banyak lagi perkara2 abnormal terhadap manusia2 nerd. Walaupun aku di kategorikan sebagai seorang pelajar yang against the education system kat Malaysia tp alhamdulillah aku habis jugak and jadi sorang enginyor (engineer dalam offer letter & business card) walaupun x brape nak lulus lg tgk motor starter punya diagram. (hampeh)
So apekah itu the new phase? KERJA.
Lupa nak gitau u olls I da x update blog lame sebab I dah KERJA u olls!!(buek)
Ape yang besar sgt ngan kerja ni. Xde la best sangat pon cuma tanggungjawap la makin besar. Dulu boleh main2 skarang main2 kiri meletup kanan meletup debusshhh amek kau aku xnak sign kau punye confirmation letter sebab kau hodoh. (monolog dalaman je)
Jadi kenapa KERJA ni kena jadi the new phase? Sebab aku da xmcm dlu dah. 80% Fatimah Azwiah yang bodoh sengal merapu sudah "henshin" kepada Fatimah Azwiah yang serius,,komited dan perasan. (hee) Aku dah banyak tinggalkan kehidupan dulu. Serius x best weyhh keje. Yang best cuma 25hb je sebab mase tu leh berak dengan tenang tanpa memikirkan masalah2 hutang. Masuk je 26hb da jadi x best balik. Berak pon nak sembelit je manjang. Kadang2 x berak2 dah smpai 25hb bulan seterusnye (pahit gile). Okey yang pasti perangai pengotor ni x hilang walaupun dah keje jadi mintak maaf lagi skali.
Sebenarnye aku ni workaholics (perasan adalah slh satu transformation ke phase baru) sebab aku da keje seawal umur 11 tahun mase tu tolong mak bisnes beras yang sudah ditanak (nasik la tu ,,ngangaa luas2 wat ape). Cumanye formal pekerjaan adelah ketika April 2011 iaitu setelah tamat exam final semester. That was my first job and it was quite terrible except for anak bos yang hensem jugak tp not my taste bro. Sori bro. (buek) The first job was more into electronics, skills utk menang tender cara hitam dan putih,,company management and care2 nak memikat jerung tanpa dipotong into pieces. Title nye E&I engineer tp scope keje start dari housekeeping smpai la tender bidding,,mekanik,,despatch,,operator,,receptionist sume aku balun buat. wahahaa kirenye full of experience from different field la dok. (dok mu krek krek)
Byk hal yang jadi kat situ tp aku xpenah merasa menyesal to have that kind of first job since it has educate me very well for the next stage of professional career. So I have applied to many vacancies since then until lah satu company yg aku dah lupa bila aku hantar resume aku tibe called me for an interview and luckily I was offered. Jadi sekarang aku dah masuk hari ke 78 bekerja sebagai Electrical Energy Engineer kat Hicom Automotive Manufacturer Malaysia a subsidiary of DRB-Hicom eceeeceee. Namanyee gah tapi keje nye pon gah la der (ape ko expect aku nak kutuk company aku la ni) xdenye aku keje ikhlas kerana ALLAH (konon sucinye minah ni).

Setakat ini kerjanya dan flow nye adalah happy dan gembira walaupun ade beberapa perkara yang menggugat kekarismaan aku sebagai enginnyo berkaliber tapi aku tetap teguh berdiri di atas kaki cekamku ini. (buek) Walaupun terpaksa melepaskan sesuatu yang dulu aku tatang umpama minyak yang penuh tapi this new phase of life seems to support me from losing my grip and keep me well aligned on the safe side. Mungkin Tuhan mendengar doa aku supaya aku jumpa something yang boleh buat aku lepaskan dia. Dan something itu mungkin kerja aku skarang. And I'll try to cherish every moment I have here.

Thanks for reading and Salam.

Friday, January 6, 2012

~Ku Seru~

Ku membayangi jiwa hatimu
Tapi perpisahan menunggu
Ku ingin membelaimu
Namun kasihku tiada restu

Diri begini kerna selalu
Ditinggalkan marah sengsara
Hingga hilang terlupa
Siapa aku sebenarnya
Sayang.....

Oh dengarlah sayu tangisan ku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan berlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu

Oh dengarlah sunyi tangisan ku
Kau tahu ku amat menyayangi mu
Pergilah kau bukan milik ku
Pulang pada yang mengasihi
Diri mu,,,,

Kesepian berlalu,,

Maafkan daku,,

Sampai di sini ku lepas kau pergi
Biar ku damai bersemadi
Luka mu ku mengerti
Kan ku hilangkan derita ini

Kau ku seru


Untuk mu.