Monday, August 27, 2012

:: A Dream That Ends As A Dream::


 
ASSALAMUALAIKUM & SALAM LEBARAN

Hari ni hari raya ke-9 sudah..Cepatnye mase berlalu. Bagi aku raye tahun ni tiado apo yg spesel sgt except for all my beloved people are still by my side, celebrating eid together. Rasenye belom terlambat aku nak ucap

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

Nah gambar raye of the year
Ni pert yang lukiskan,,tp aku edit sebab dia lukis muka aku cam makcik.

Yang mcm artis kat hujung tu ofkos la aku. (muntah darah)

Tahun ni rase banyak buat dosa. Tak terhitung dengan 10 jari kalau nak susun 10 jari pon. Kalau boleh tumbuh lagi sepuluh jari mungkin cukup kot. Ade tak sape2 nak formulate enzim ke co-enzime ke yang macam dlm citer batman jadi cicak gergasi. Tapi xnak jadi cicak nnti berak merate kena lastik ngan tuan rumah. Nak yg bleh tumbuh jari lg 10 puntun. Ngeh3. Ok lah xnak merapu sebab hati tengah parah bagai dipenyek2 lori siput 13 tan bancuh simen nak buat flooring kat construction site VW. Tapi project delay je manjang walaupun lori siput tu bekerja sedaya upaya. Dah name pon siput mesti la lembap ddowwhh~ (duckface plz)
Post hari ni memang psal menatang sebab tu ade siput ade cicak ade itik ade bakuteh. Eh xdela ni kan post pasal dream, xbace tajuk eyyhh??
Em..aku ni walaupun makan byk badan besar tp otak kecik je. Benda real aku nak dongengkan dia. Benda dongeng aku nak realkan. Mane boleh dowhh(duck duck). Aku igt aku Rapunzel rambut blonde mate cokelat muka panjang tapi rupenye aku Rapunjauh (rabun jauh) je. Aku manusia laa. Aku tengah berpijak kat permukaan Bumi skang ni tp masih lg nak dongeng2 kan cite. Ini hidup la Rapunjauh. Dan hidup bukanlah mimpi.
Kerana tekad yang berkepentingan sendiri aku menyakiti banyak hati. Kerana membesar2 kan mimpi yang aku nak dongengkan tu aku mengheret insan kamil kedalam dunia gelap aku. Tp lepas aku tersedar yg dunia aku mmg dah terlalu gelap utk diterangi mane2 lampu kalimantang mahupun teknologi LED yang jimat elektrik, maka aku putuskan utk menganggap bahawa mimpi itu hanyalah sekadar mimpi. Di saat hati belum mahu melepaskan, aku tekad sekali lg utk berlalu pergi je dr sume yg dongeng2 ni. Walaupun ade kesal tp sekurang2nye ia tidak berkepentingan sendiri. Ianya adalah utk semua yg berkepentingan macam motto HICOM Automotive. Yang pasti tekad kali ni adalah yg terbaik. Tekad yg tidak menyakiti sesiapa kecuali aku.
Sebab bg aku, xperlu aku meninggalkan sesuatu yang aku pertahankan dengan nyawa aku sendiri utk sesuatu yg x pasti walaupun pada pertimbangan warasnye sesuatu yg xpasti tu jauh lebih baik. Walaupun baik ianya tetap x pasti. Ulang lagi dan lagi. Kona dan kona ia tetap x pasti. (sudahlah ulangnye)
Jadi sehingga aku diseru, aku judi kan ajelah hidup aku yg sudah sedia dijudikan ini. Kalau aku hit the jackpot, aku bahagia. Kalau aku hit the septic tank, aku bau taik lah and that’s because I deserve it.
Cuma utk waktu2 yang aku dah rosakkan, aku mohon Tuhan mendengar. Ambil lah seberapa banyak kegembiraan aku utk membaiki semuanya. Ambillah kegembiraan aku dan lindugilah hati dia. Asalkan dia tidak terluka, ambillah sebanyak mana.
Salam.
Download lagu Pendam kat sini.

No comments:

Post a Comment